Tempahan dan Pembayaran
1. Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 12 jam selepas tempahan dibuat.  Jika tiada pembayaran diterima, tempahan akan dibatalkan.
2. Sila balas (reply) email kami berserta bukti pembayaran setelah bayaran dibuat. Kegagalan memaklumkan kepada kami akan menyebabkan BELIAN anda tidak diproses.

Penghantaran
1. Kami akan menghantar tempahan menggunakan perkhidmatan kurier samada poslaju, pos parcel atau skynet. Pemilihan perkhidmatan kurier adalah hak kami, walaubagaimana pun pelanggan boleh mencadangkan kurier yang diingini semasa checkout
2. Perlu difahami bahawa pihak kami yang mengenakan caj penghantaran kepada pelanggan, dan bukannya perkhidmatan kurier yang dicadangkan oleh pelanggan. Oleh itu, kami berhak menentukan kadar harga. Biasanya, kadar harga yang kami tentukan adalah berdasarkan kadar harga pasaran. Tujuan akad jual beli sebegini adalah kerana amat sukar untuk kami mengira caj penghantaran yang tepat, melainkan telah ditimbang oleh perkhidmatan kurier.
3. Caj penghantaran adalah berdasarkan berat sebenar atau berat volumetric, mana-mana yang lebih berat.
Formula berat volumetrik yang kami guna adalah seperti berikut
Berat volumetrik = lebar x panjang x tinggi / 6000

Contoh
Berat Sebenar Autumnz Steriliser  = 1.50kg
Berat Volumetrik = 25cm (P) x 25cm (L) x 34cm (T) / 6000 =  3.54kg
Berdasarkan praktis semua syarikat perkhidmatan kurier di Malaysia, caj penghantaran dikira menggunakan 3.54kg dan bukannya 1.50kg.
4. Caj penghantaran yang dikira semasa 'checkout' adalah anggaran sahaja. Jika terdapat perubahan, kami akan maklumkan melalui email.
5. Setelah tempahan dipos, pihak kami akan memberikan nombor rujukan. Adalah menjadi tanggungjawab pembeli untuk menyemak sendiri status di web kurier yang dipilih.

Pemulangan & Penukaran Barang
ITEM yang dibeli TIDAK BOLEH dipulangkan atau ditukar selepas tarikh terima. Barangan TIDAK BOLEH dipulangkan atau ditukar atas faktor kebersihan, melainkan terdapat kecacatan pengeluaran. Penukaran & pemulangan mesti mematuhi syarat berikut:

1. Pembeli mesti menyatakan hasrat untuk menukar atau memulangkan barangan yang dibeli dalam tempoh 3 hari setelah barang diterima dengan menulis email kepada "berry_dicky@ovi.com" nyatakan sebab dan sertakan gambar. Permintaan selepas dari 3 hari tidak akan dilayan.
2. ITEM yang hendak ditukar atau dikembalikan masih berkeadaan elok seperti mana diterima,  tag/harga belum ditanggalkan, dan plastik/kotak bungkusan masih elok. Kami tidak menerima penukaran/pemulangan jika tidak mematuhi perkara ini, melainkan ia disebabkan kecacatan pengeluaran.
3. Bagi penukaran atau pemulangan disebabkan kecacatan pengeluaran, kos pos pemulangan dan penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak kami. Selain dari sebab ini, kos pos pemulangan dan penghantaran semula perlu ditanggung oleh pembeli.
4. Penukaran tertakluk kepada stok. Jika ITEM yang ingin ditukar tiada stok, pembeli perlu memilih barangan lain yang sama harga atau menunggu stok baru jika ada.
5. Untuk kes pemulangan, pihak kami akan memeriksa kondisi ITEM tersebut, dan sekiranya mematuhi perkara 2.0 diatas, wang pelanggan mengikut harga jual pada ketika pembelian akan dipulangkan. Kos pos penghantaran adalah kos hangus dan tidak dipulangkan, begitu juga kos pos pemulangan perlu ditanggung oleh pelanggan.


Penutup
Dengan membuat pembelian diweb kami, pembeli dianggap telah bersetuju dengan terma-terma yang dinyatakan diatas. Sekiranya tidak bersetuju, sila jangan membuat sebarang pembelian.
Like ·  ·